welcome

I made this widget at MyFlashFetish.com.

TDW Club

www.kutukutubuku.com

Minggu, 07 November 2010

Karangan Bebas

Tajuk: Saya Seekor Rama-rama

Nama saya Mariah. Saya dilahirkan oleh ibu saya yang agak tidak bertanggungjawab di atas sehelai daun pohon Ara. Sangat jahat ibu saya tinggalkan saya yang masih di dalam bentuk telur yang belum menetas di atas daun itu tanpa memikirkan hidup kami adik beradik. Setelah beberapa hari berada dalam keadaan statik di atas daun itu, telur saya pun menetas. Ah..bebas rasanya. Namun begitu saya masih berasa pelik. Di dalam hati saya berkata, "Kenapa ibu saya cantik dan boleh terbang? Sedangkan saya menjadi ulat sahaja. Seperti langit dan bumi beza kevoguean ibu saya dan saya." Pada mulanya saya ingatkan cuma saya yang berupa hina, rupa-rupanya adik-beradik saya pun mempunyai rupa yang sama dengan saya. Walaubagaimanapun saya masih bersyukur kerana paling tidak saya tidak dimakan oleh burung seperti saudara saya yang bernama Madonna (bukan nama sebenar).

Hari demi hari berlalu namun saya tetap menabahkan hati menerima kutukan dan cercaan daripada unggas lain yang hidup sepohon dengan saya. Saya rasa ingin membunuh diri disebabkan tekanan psikologi yang hebat. Kalau diturutkan kata hati, mahu saja saya memaki hamun mereka semua sebab mereka taklah secantik mana. Macam si lipas, selalu ingat dia cantik tapi bagi saya warna badannya yang coklat dan berkilat itu menjijikkan macam najis. Walaupun begitu saya tetap percaya dan terus memberitahu diri sendiri, apa yang penting ialah hati budi yang indah.

Pada suatu hari di mana semua planet di dalam kedudukan selari, tiba-tiba saya merasa seram2 sejuk di seluruh badan..Tergetar-getar badan saya. Semua kaki saya yang banyak turut menggigil. Adik saya yang bernama Angie berkata, "Aku rasa sudah tiba masanya untuk kau menyalutkan badanmu di dalam air liurmu. Itu sahaja ubat untuk kesakitanmu.!" tegasnya. Saya yang selama ini merupakan seorang yang pembersih membalas,"Ewww angie.!! That's like totally gross!!" Namun begitu akibat tidak tahan dari kesakitan yang dihadapi, saya memaksa diri saya menahan perasaan geli saya. Dengan perlahan2, saya meludah seluruh badan saya sehingga ludah saya itu setebal beberapa inci dan menjadi keras. Walaupun terasa sangat hina sebab berada di dalam air liur sendiri yang berbau daun basi hasil daripada makan tengahari tadi saya berasa agak selesa dan nyaman sehinggalah saya tidur mati.

Setelah beberapa hari menjalani prosess hibernasi, akhirnya saya terjaga. Sebaik sahaja saya membuka mata saya, saya terasa sesak nafas. Seperti air liur keras saya membaluti badan saya dengan sangat tegang sekali. "Ahh!!! Aku kena keluar dengan segera. Nyawaku seolah seperti telur di hujung tanduk!!" jeritku. Dengan segala tenaga yang ada, aku menolak sarang air liurku sepenuh hati. Kesakitan yang aku alami terperangkap di dalam balutan ini melonjakkan lagi tenagaku untuk bebas keluar.

Akhirnya, berkat doa dan tenaga yang aku kerahkan, aku berjaya bebas keluar. Dalam keadaan keletihan, aku jatuh terjelepuk di sebelah lopak kencing anjing di akar pokok. Dalam keadaan otak yang masih belum stabil, aku merasakan ada sesuatu yang lain dengan keadaan badanku. Aku terasa seperti aku telah termutasi.!! Dengan tenaga yang ada, aku bergerak ke sebelah lopak air lalu melihat bayangku. "OMG! OMG! WTF?" aku terperanjat melihat kejadian diriku! Rupa-rupanya aku memang telah termutasi menjadi seekor...RAMA-RAMA. Sungguh tidak ku sangka aku telah berubah menjadi rupa bentuk ibuku yang kejam itu. Namun begitu, setelah ku belek-belek kepakku, ku dapati aku lebih cantik dari ibuku!!! Padan muka ibu yang jahat!! Habislah pelanggan ibu aku rampas selepas ini!! Haahahahha

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Masukkan Nama Penyanyi - Judul Lagu

Masukan Nama Penyanyi - Judul Lagu

Mesin Cari Free Download Mp3 Gratis

Label