welcome

I made this widget at MyFlashFetish.com.

TDW Club

www.kutukutubuku.com

Jumat, 15 Oktober 2010

CIRI-CIRI UMUM CERITA JENAKA

1. Struktur Isi Cerita
Cerita berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa tertentu
yang menyentuh watak-watak tertentu yang melucukan.

Cerita-cerita dibahagi kepada episod tertentu. Setiap
episod boleh berdiri sendiri dan setiap episod
merupakan sebuah cerita.
Perkembangan plot cerita tidak ada asal usul watak,
tiada unsur supernatural, fantasi dan unsur dewa-dewi.
Kesudahan cerita terdapat dalam berbagai-bagai situasi
ada yang ‘happy ending’ dan ada ‘tragik ending’.

2. Watak dan Perwatakan
Watak utama berpusat di kalangan rakyat biasa atau
orang bawahan.
Nama watak melambangkan sifat-sifat watak seperti:

•Watak bodoh-sial : Pak Kaduk
•Watak pintar-bodoh : Pak Pandir
•Watak Pintar : Si Luncai dan Pak Belalang

Perwarnaan watak atau pelukisan watak dinyatakan
secara jelas dari segi fizikal seperti bentuk tubuh badan,
cara berpakaian serta perlakuan.
Terdapat watak dari kalangan istana yang peranan tidak
begitu penting dan tidak miliki sifat ‘supernatural’.
Cerita dan perlukisan watak berpijak di bumi nyata iaitu
sifat-sifat sebenar manusia yang wujud di muka bumi.

3. Dari segi Latar
Latar cerita berlaku di alam nyata iaitu dalam masyarakat
manusia biasa.
Suasana atau latar masyarakat terdiri daripada golongan
masyarakat tani atau nelayan.

Terdapat dalam beberapa buah cerita berlatar istana,
namun demikian latar istana tidak bercampur-aduk
dengan alam fantasi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Masukkan Nama Penyanyi - Judul Lagu

Masukan Nama Penyanyi - Judul Lagu

Mesin Cari Free Download Mp3 Gratis

Label